NrlHidayah_

" Sebuah blog lama yang telah di-renovate-kan khas untuk menyelesakan hati dengan coretan puisi atau luahan kisah hidup sendiri. Nukilan ikhlas : NrlHidayah.
+ Follow Facebook Twitter Refresher


Theme by
M-iichiko. Thanks to Pixel-diary for the icons.

Terikat, Diikat atau Mengikat.
6 May 2015 | 0 comments
Ikat.

Satu perkatan yang boleh dispesifikasikan untuk pelbagai perihal.
Dan aku spesifikasikan ia dengan maksud yang tersendiri.
Maksud yang sedikit sebanyak memberi impak dalam diri.
Maksud yang agak mendalam dan membuat hati aku tersentap sendiri.

Dalam samar-samar.
Aku cuba ungkapkan.
Bahawa perkataan ikat yang aku spesifikasikan ini berkait rapat dengan sebuah ikatan.
Ikatan sebuah perhubungan.

Terikat.
Diikat.
Mengikat.
Yang mana satu kau pilih untuk sesuatu perhubungan?
Sudah pasti mengikat bukan.

Tapi.
Bagaimana pula jika hidup kau sudah mula terikat atau diikat oleh sesuatu perihal.
Di mana tanpa kerelaan dari dalam diri kau sendiri?
Terikat atau diikat oleh sesuatu perihal yang mungkin tidak dapat kau elak.
Mungkin juga perihal yang engkau sendiri tidak mahu elak?

Keputusannya terletak pada diri kau sendiri.

Nukilan ikhlas : NrlHidayah

NEWER
PAST